Mind Clarity
Mind Clarity
Menenangkan & Menjernihkan Minda.
Tahukah anda bahawa stress atau tekanan boleh mencederakan minda anda? Menurut Dr. Dharma Khalsa (penulis buku Brain Longevity), stress & kepenatan akan secara perlahan-lahan menjadikan anda lesu, ‘loss coordination’, memori lemah, kurang keinginan seks, boleh ditimpa penyakit Alzheimer, immunisasi badan berkurangan, kurang produktiviti & kreativiti dan banyak perkara negatif yang lain. Dan, yang paling merbahaya, anda tidak menyedari diri anda sedang stress!.
Mind Clarity diformulasi khas dari 12 jenis pati minyak tumbuhan bagi menangani permasalahan zaman moden yang penuh dengan stress dan kepenatan. Mind Clarity menjaga minda anda dan memberikan kelegaan pada minda serta mengurangkan stress. Ia juga dapat memulihkan memori atau masalah mudah lupa. Formulasi dari USA ini akan menjadikan anda tenang secara semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia atau dadah berbahaya. Ia juga mampu menstabilkan hormon dan memberikan kesan positif pada keseluruhan tubuh.
12 pati tumbuhan ini mengandungi ‘Sesqueterpines’ yang tinggi yang mampu menarik oksigen ke dalam otak dan tubuh. Kekurangan oksigen boleh menyebabkan seseorang itu mudah stress dan susah untuk membuat keputusan yang baik serta kurang motivasi diri, terutamanya dalam pekerjaan. Mind Clarity bukan saja mengurangkan stress tapi membantu tubuh dan minda mendapat oksigen yang cukup.
Kelebihan Mind Clarity:
1 – Menghilang stress dan keletihan minda. Menjernihkan pemikiran.
2 – Memberikan ketenangan pada minda dan tubuh.
3 – Menstabilkan hormon.
4 – Memperbaiki masalah mudah lupa.
5 – Menghilangkan perasaan tidak baik atau kebimbangan/runsing.
6 – Membantu mendapatkan rehat dan tidur yang sempurna.
Siapakah yang memerlukan Mind Clarity?
Mind Clarity diperlukan oleh semua orang yang terlibat dengan pembelajaran dan pekerjaan. Terutamanya pekerjaan atau pembelajaran yang memenatkan dan ‘stressful’. Sangat baik digunakan semasa interview ketika ‘tension’, ketika marah, frustrated, sedih, bimbang, penat berfikir, pulang dari kerja, ‘mood swing’, berdebar-debar, selepas belajar atau menghafal dan sebagainya.
Baik juga digunakan di SPA atau ketika bercuti, melancong & holiday, atau aktiviti untuk ketenangan.
Pati minyak tumbuhan yang digunakan telah ditentukan keasliannya serta nisbah penggunaan dan keserasian adunannya diteliti oleh pakar yang mahir supaya tidak mendatangkan mudarat.
Pati minyak tumbuhan yang digunakan ialah:
Rosemary mempunyai fungsi antiseptic dan anti-infection.
Ia juga dapat membantu mengurangkan keletihan minda dan menghilangkan kerunsingan.
Roman Chamomile mempunyai fungsi antispasmodic (melegakan ketegangan otot) dan
berupaya memberikan kesan ketenangan dan relaxing.
Lemon mempunyai fungsi antiseptic dan merangsang bagi meningkatkan sistem immunisasi badan.
Ia memberikan rasa kesegaran.
Jasmine mempunyai fungsi ‘antidepressant’ dan ‘antispasmodic’.
Ia juga membantu menstabilkan emosi.
Palmarosa sangat baik kerana mempunyai fungsi antiviral, antifungal, antibacterial dan antiseptic.
Ia juga mengurangkan ‘nervous tension’ dan kerisauan.
Cardamon juga mempunyai sifat ‘antispasmodic’. Ia menghilangkan ‘confusion’ (kekeliruan),
keletihan minda dan memberikan kesegaran.
Peppermint memberikan kesejukan kepada kulit dan mengurangkan kesakitan.
Ia juga membantu menguatkan kesan tindakan positif pati minyak-minyak tumbuhan lain.
Rosewood membantu menstabilkan emosi dan digunakan secara meluas sebagai bahan ‘antidepressant’.
Geranium mempunyai sifat ‘antidepressant’ dan juga ‘sedative’ semulajadi.
Ia mampu membangkitkan spiritual dan menghilangkan emosi negatif.
Ylang Ylang agak serupa sifatnya dengan Geranium. Ia dapat memperbaiki tenaga lelaki dan
wanita dan sangat membantu untuk hubungan kekeluargaan, suami dan isteri.
Basil juga mempunyai sifat antiviral, anti-inflammatory dan antispasmodic.
Ia adalah penenang tubuh atau otot semulajadi.
Bergamot mempunyai ciri-ciri ‘analgesic’ (penahan sakit) semulajadi.
Ia menyegarkan, membangkitkan dan membantu menghilangkan kebingungan.
Amaran: Tidak sesuai untuk ibu yang mengandung. Sesuai untuk semua peringkat umur.
Cara guna:-
Titiskan setitik Mind Clarity pada pergelangan tangan. Kemudian rapatkan kedua-dua pergelangan tangan kiri dan kanan dan gosokkan minyak tersebut sehingga menyerap. Rapatkan pergelangan tangan pada hidung dan tarik nafas (sambil bau) dalam-dalam melalui hidung secara perlahan-lahan kemudian hembuskan nafas secara perlahan-lahan.
Ulangi pernafasan ini sebanyak 8 – 10 kali.
Boleh juga dititiskan pada belakang tengkuk dan disapu sehingga meresap. Atau dititiskan pada air untuk mandian atau rendaman.
Satu unit Mind Clarity (10ml = 260 titis): RM 70 (Semenanjung) RM 80 (Sabah & Sarawak, Brunei, Singapura, Indonesia) seunit.
(tidak termasuk kos penghantaran)
UNTUK LEBIH JIMAT LAGI!
MIND CLARITY JUGA DIDATANGKAN DENGAN PROMOSI ATAS PROMOSI (TWIN PACK – MIND CLARITY + MIND POWER). APA BEZA YA??? SILA KLIK MIND POWER…
Harga Promosi TWIN PACK (Mind Clarity & Mind Power): RM 130 (Semenanjung), RM 150 (Sabah & Sarawak, Brunei, Singapura, Indonesia) seunit.
(tidak termasuk kos penghantaran)
NOTA: SEMUA PENGHANTARAN PRODUK KAMI DI DALAM MALAYSIA, DIHANTAR MELALUI POSLAJU. UNTUK MEMBELI, SILA KLIK “BELI ONLINE” UNTUK MENGETAHUI CARA PEMBAYARAN ATAU HUBUNGI ADMIN (En. Sham) – +60172000174 UNTUK PERTANYAAN.











salam.. untuk kepastian.. adakah produk Mind Clarity telah didaftarkan dengan KKM..??? tq.
Wasalam. Produk ini adalah produk aromatherapy. Ianya bukan produk pemakanan. Insyallah kami akan lakukannya jika perlu.
Kalau pakai pada bayi 0 – 6 mth boleh ke? contoh la kalau dia asyik menangis je kita pakaikan kat dia skit utk tenangkan dia. Sah ke kalau pakai buat solat?
ya boleh.. dan sah ke solat sebab ia hanya minyak tumbuhan…
adakah ia boleh membantu individu yang mempunyai maslah erectyl disfunction (ED) ?
Sila lihat http://kedaihyper.com/livingvitality.com/?page_id=72
Anak saya akan menghadapi Spm pada November nanti.Sempatkah lagi mind power berkesan dalam masa yang singkat ini
Sempat lagi.. masa sekaranglah dia perlukan mind power bila nak belajar, dan selepas belajar atau menghafal, gunakan mind clarity. Ia bertindak serta merta mengaktifkan minda.
Ada agent d Brunei?
maaf, kami belum ada stokist di brunei
tuan admind, adakah pantang larang tertentu semasa pengunaan mind power/mind clarity ini?
Tiada pantang larang kerana ia betul-betul dari pati tumbuhan…
Bagaimanakah kekerapan memakainya? Dan bilakah waktu yang paling sesuai?
Pakai bila perlu. Mind power, dipakai ketika hendak belajar, meeting atau apa-apa yang banyak menggunakan minda.
Mind clarity dipakai bila runsing, tertekan, atau selepas belajar atau menghafal, atau susah nak tidur atau hendak rilex.
kat mana boleh saya dapatkan produk
Boleh beli dari kami secara online/poslaju http://kedaihyper.com/livingvitality.com/?page_id=2068
tuan admin, bolehkah saya memakai kedua-duanya sekaligus, maknanya saya titiskan bersama pada waktu yg sama..?
boleh, tiada masalah..